BINTANG KEREN YANG BERWARNA NYENTRIK

DIKUTIP.COM
Buaya Berwarna Oren
Seorang nenek telah menjumpai buaya ini ketika dia pulang dari kerja,Dia ambil gambar dan hantar kepada biologist.Dipercayai buaya ini separuh albino.
Beruang Polar Berwarna Ungu
Beruang ini berwarna ungu bukanlah sebab dia minat dengan band Ungu tetapi dia terkena penyakit kulit yang pelik. Lepas memberi special treatment untuk mengubati kulitnya secara tiba-tiba kulitnya bertukar berwarna ungu. Walaubagaimanapun kesan ini hanya seketika.Selepas itu warnanya kembali putih berseri macam beruang ubat gigi Fresh n White.
Cicak Berwana Spiderman
Mula kami tengok biasa sahaja je cicak ni.Tapi bila tengok lama-lama cicak ni macam pakai baju spiderman la pulak. Walaupun warna macam spiderman, cicak ni takdela boleh keluarkan web macam labah-labah tapi boleh bertukar warna kepada cokelat pada waktu malam atau pada masa dia takut.Selain tu boleh berlari dengan dua kaki dan juga boleh panjat dinding macam spiderman.
Khinzir Bertatoo
Yang ni bukanla sebab semula jadi.Tapi di warnakan untuk tujuan seni.Khinzir ini akan ditatookan ketika masih hidup.Selepas khinzir ini mati kulitnya akan digantung untuk pameran.Nak berseni tapi tak bertempat.Kesian khinzir-khinzir tu.
Siput Berwarna Ceria
Nama siput ni flamingo tongue (cyphoma gibbosumn).Siput ini tinggal di laut Caribbean.Warna cantik yang korang lihat kat atas tu bukan cengkerang dia.Tapi kulit yang bersambung terus pada kaki.Warna ini akan berubah ketika siput ini dalam bahaya.
Serangga Berwarna Merah Jambu
Serangga yang macam belalang ni(katydid kut) mempunyai badan berwarna merah jambu.Kalau serangga ini bergerak secara berkumpulan ia akan mengahsilkan suasana yg indah seperti melihat bunga-bunga sakura berguguran di osaka jepun.
Itik Mandarin Berwarna-warni
Cantikkan itik ini?Yang jantan lebih cantik dari yang betina.Terasa sayang plak nak buat itik gantung.
Chameleon Berwarna-warni
Chameleon(Chamaeleo calyptratus) ini berubah warna bukan mengikut keadaan sekeliling tetapi bertukar mengikut mood, kesihatan ia dan suhu badan.Kalau ia demam warna dia agak kurang cantik.
Katak Berwana Badut
Katak Atelopus atau lebih dikenali sebagai katak badut tinggal di Costa Rica dan Panama.Katak ini telah disenaraikan antara binatang yang diancam kepupusan.
Anjing Berwarna Panda
Nampak macam Panda kan?Tapi sebenarnya seekor anjing.Nama anjing ini Colombo.Di jaga oleh Encik Kensuke Hirakawa selepas dia kena buang disebabkan kehodohannya yang melampau.Encik Hirakawa mengambil keputusan untuk make over anjing ini jadi lebih cantik.Dia guna dye yang selamat untuk anjing supaya anjing itu nampak seperti Panda.Asalnya anjing ini berwarna putih.So Encik Hirakawa mewarnakan pada bahagian mata, telinga, kaki depan dan bahagian belakang sama macam gambar diatas.Hasilnya, Colombo menjadi femes dekat kawasannya dan Colombo sangat gembira.